dalam seminggu dua aku kat memang terasa akan kesempitan kewangan..haiyaaak~~ ni sebab aku drop subjek basic finance ke?? ades~~ lepas ni kene freeze kan dulu aktiviti-aktiviti sukan malam etc; snooker,karok,jamming,futsal..takat nk minum-minum luar tu boleh laaa..nak tggu dwet ptptn je ni,,tak masuk-masuk lagi..tapi kalau nak harapkan ptptn semata-mata pon takleh gak sebab byk hal yang nak pakai dwet..dwet sewa rumah sampai hujung sem,,bil air elektrik,,makan minum..kalau nak dikira secara kasanya memang tggl 2 3 rat je kot (ratus).

rumah sewa pulak jangan cakap lah..memang tak serupa rumah dah..da cam rupa flat kalau korg tgk (memang dok flat pon) hehe~~ sementara nak tggu dwet ptptn ni,,memang semuanya bagaikan tergendala..yang mane baju dah pakai bersepah,tido tonggang langgang,air kadang-kadang ade tade (flask rosak siot), haizz~~ tapi nak buat macam mane..dah bahagian kitorang macamtu sem ni..mungkin sem depan InsyaAllah better ke ape..sape tau kan kitorang dapat pindah banglo 2 tingkat ke lepas ni..memang aku tak teragak-agak nak sumbat satu kelas budak aku dalam umah tu.. dorang ni macam lipas (boleh tido dan hidup di mana-mana) HAHA!! setakat ni hidup sebagai outsider agak happy lah walaupun ade kesukaran n kesulitan menimpa..tapi takpe itu semua anggap dugaan sebagai student..

dalam mastermind aku ni timbul lah masterpieces..LOL!! aku ingat nak buat part-time photographer lah..buat potraiture sikit-sikit,event ke..wedding errr,,tu kene tggu lame sikit..i not exprienced enough to do wedding photography..walaupun backup memang ramai kat sini (ade 3 4 orang gak ah member aku kat sini pakai dslr)

gamba menunjukan ape yang aku buat kekadang bile aku bosan*