Assalamualaikum pembuka bicara.. Lama eh aku tak update blog ni?? ramai jugak yang sibuk menanya bilanya nak update blog nih.. ni aku dah update ni jangan nak banyak bunyik lagi..

19/3/2011 – Masa tarikh ini lah Majlis Perkahwinan tu berlangsung.. OoOps~ aku tak bagitau lagi eh siapa kahwin? HAHA!
ni cek nak habaq la ni.. bikin kalut ampa nih! ni ha,,adik kepada abang ipar aku kahwin.. So besan parent aku ni pon menjemput lah kan.. dah namanya besan,,takkan nak tolak mentah-mentah jemputan tu ye tak?? lagipon jumpe sangat-sangat-sangat-sangat jarang.. so dengan tak fikir panjang,DEAL! We Rockin The Plus Highway!

Ringkasnya, kami bermalam di Holiday Villa,Alor Star.. Dah lah sejuk,selimut NIPIS pulak tu.. makan dah lah mahal,TAK SEDAP lagi! wifi ade,tapi kene BAYAR RM20! swimming pool bukak pukul 9 a.m! 4stars WTFJW! (fullstop)

Sampai di rumah besan pukul 10.30a.m.. lepak-lepak borak-borak makan-makan layan-layan eh btw,orang kedah sana memang peramah =) diorang layan elookkk je.. sudah pada tu masa kitorang nak beransur, terdengar brader DJ cakap, “Terima Kasih kepada besan pengantin dari Negeri Sembilan yang sudi hadir bersama-sama kita pada hari ini” Bangggaa + Terharuuuu!!

Satu keunikkan yang aku boleh nampak dekat rumah pengantin ni, diorang hidangkan tetamu dengan nasi kukus.. Nanti korang akan nampak macam mana bentuk dan cara nasi itu dikukus.. kalau korang nak buat Sauna dekat dalam tu pun tak jadi masalah..

Dah lama kan aku tak update blog ni,,so aku bagi special view dekat ampa dengan mengupload gambar dengan sebanyak yang mungkin,,plus entry kali ni adalah sedara aku jugak..

ini parents pengantin.

That guy is Mr.Din abang ipar aku and isteri beliau.

Permandangan dari tingkat 17 Holiday Villa, tengah-tengah alor star. kat belakang tu Gunung Jerai rasanya.

Menara ape ni aku pon tak ada idea =.=

aku suka gile dengan permandangan dekat sana..Lapang je penglihatan..disamping mengelakkan kita daipada menonton Youjizz.com lagi..BAHAHAH!!

wohooo~~ serba hijau gituuuu….sah 2 2 ni minat power rangers hijau!

dari kiri cepat jalan! lalalala~ tapi kalau korang perasan,takde kompang yang berarak sekali kan??

pulun kedah pulun!!

ini adik pengantin..agak agak la kot ye nak ushar tu bro HAHA!..eh 1 more thing,adik beradik abang ipar aku semua muka nak nak same je..aku pon kompius nak memanggil =.=

ini aku tak kenal pon siapa..aku nak amek gamba orang merewang,tapi pakcik ni pandai meng-entre-prame! HAHA ! kipidap pakcik! sok sok boleh jadi model saye =)

eh?? Khalisya?? hehehe with her grandpa❤

haaa ni la die nasi kukus aku nak habaq kat ampa sat..dalam die ade banyak dulang yang berlapis-lapis..panas..memang la panas kalau tak macam mane nak masak haprak!

Sesudahnya itu,kitorang pon beransur pulang. sampai je kat traffic light pertama,mak aku menyuarakan niat beliau untuk pergi ke Padang Besar..nak follow pakcik aku yang dah separuh jalan heading ke sana jugak..sebelum lampu hijau baik putuskan nak pergi ke tak..last last semua setuju,weeengggg buat u-turn sebanyak lebih 4x kat tempat yang sama (kat situ-situ jugak) sebab salah jalan..HAHAHAHA!!

walaupun penat,kami pulang dengan hati yang gumbira =)
(karangan budah sekolah rendah)